صفة مخالفته للحوادث




فغرتين صفة مخالفته للحودث

 الله تعالى تيدق سروفا دغن مخلوق يأيت الله تعالى تيدق برجرم تيدق برعرض تيدق 
برجسم تيدق برفيهق دان تيدق برتمفة


Bersalahan ALLAH dengan yang baharu itu adalah dalam 3 perkara iaitu;-

  1. bersalahan pada zat

  2. bersalahan pada sifat
  3. bersalahan pada perbuatan

1) Bersalahan pada zat
Ertinya tidak sama ZAT (DIRI) ALLAH itu dengan zat yang ada pada yang baharu. ALLAH bukannya benda kerana ZAT ALLAH tidak dari sesuatu. Kerana ZAT ALLAH tidak dari sesuatu maka ALLAH tidak berjirim (ambil tempat)






2) Bersalahan pada sifat.
Ertinya tidak sama sifat ALLAH swt dengan sifat yang ada pada yang baharu. 
Yang baharu itu dikatakan mengambil ruang atau tempat apabila ia :-

  • dapat dilihat - ambil tempat di mata

  • dapat dihidu - ambil tempat di hidung

  • dapat didengar - ambil tempat di telinga

  • dapat dirasa - ambil tempat dikulit
Maka jika sesuatu itu mempunyai salah satu dari ke empat-empat ciri tersebut ia adalah dihukum aradh. Setiap yang berjirim itu adalah baharu

3) Bersalahan pada perbuatan.
Ertinya tidak sama perbuatan ALLAH swt dengan perbuatan yang baharu. Perbuatan ALLAH adalah esa iaitu tidak menggunakan sesuatu seperti perkakas







  

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น